Ra’il-insan seindah pemilik asal namanya.
lahirnya Insan bernama Ra’il
Tanggal 1 Februari 1989,petang,hari pertama aku bernafas di atas muka bumi ini.Ayahku mendunkungku dan melaungkan iqamah di telinga kiri ku sambil diperhatikan oleh ibu yang masih lagi dalam keletihan.Semua orang yang hadir,Atuk,Opah dan Mak Su tersenyum meraikan kedatangan orang baru dalam keluarga besar Atuk dan mereka semua menanti-nanti ayah mengumumkan namaku kerana sudah menjadi resam keluarga Atuk,hanya ayah yang boleh memberi nama kepada anaknya. Malam 1 Februari,bayi yang tidak bernama ini berjaya didaftarkan dengan nama Ra’il.Semua orang tertanya-tanya apakah maksud di sebalik nama itu kepada ayah, ayah menjawab sambil tersenyum, “dzulaikha.”
Ra’il adalah nama sebenar Dzulaikha yang menggoda nabi Yusuf.Semasa nabi Yusuf dilelong,tiada seorangpun manusia yang ingin membelinya sebagai hamba sehinggalah satu kafilah yang diketuai oleh Abdul Aziz melewati tempat lelongan itu dan diatas pujukan Dzulaikha,Abdul Aziz membeli Yusof sebagai hamba.Sememangnya umur Dzulaikha dan Abdul Aziz jauh berbeza,bagaikan anak dengan ayah,jadi Dzulaikha berubah hati apabila Yusof hadir di dalam hidup mereka.Dia cuba menggoda Yusof namun Yusof bukanlah calang-calang manusia yang mudah terterwas dengan pujuk rayu goda manusia,dia cuba mempertahankan dirinya lantas bajunya ditarik sehingga koyak.Hal ini diketahui oleh Abdul Aziz dan Yusof dibawa ke muka pengadilan.
“Jika dengan dipenjara aku lebih baik untukku,maka penjaralah engkau akan daku,”pinta Yusuf.
Maka Yusuf dipenjara walaupun jelas yang mana putih dan yang mana hitam.Masakan yang bajunya terkoyak adalah pemangsa.Namun,semua ini adalah percaturan Ilahi.Semua ini berlaku untuk menjelaskan lagi kepada dunia bahawa Yusuf bukanlah calang-calang manusia.
Semasa Yusuf dipenjarakan,Dzulaikha telah berubah.Daripada cinta kepada sesama hamba dia bertukar cinta kepada Allah.Namun,tiap kali dia ingin beribadah,ingatannya kepada Yusuf bermain-main di dalam benak fikirannya sehingga mengganggu kosentrasinya beribadah kepada Allah.Dia menangis,dia merintih meminta supaya Allah halakan cintanya kepada Yusuf ke arah cinta yang sejati,cinta yang tidak akan mati,cinta yang terus hidup kekal abadi.Rintihan hatinya itu didengar Allah dan Allah yang maha Penyayang kepada hamba-hamba Nya memakbulkan doa Dzulaikha.
Selepas dia dikeluarkan daripada penjara dan dilantik sebagai Bendahara atau Menteri Kewangan, dia berjumpa dengan Dzulaikha,namun ketika itu Dzulaikha sudah tidak secantik dulu dan juga tidak sekaya dahulu.Yusuf mempersoalkan, “di manakah kekayaan dan kecantikan mu suatu ketika dahulu?”Dzulaikha tunduk menjaga maruah.Allah tahu isi hati hamba-hamba Nya,perancangan Allah sudah dibuat sebelum sesiapapun merancangnya,tiba-tiba Dzulaikha menjadi jelita kembali dan pasti, Yusuf telah tergoda dengannya.Namun,Yusuf sedar akan dirinya sebagai seorang nabi,maka dilakukan secara halal,dipinangnya dan Dzulaikha menerima pinangan tersebut.
Sangkaan Yusuf untuk bersama-sama dengan isterinya yang jelita itu meleset apabila Allah menghadiahkan cinta hakiki kepada Dzulaikha.Kini,Dzulaikha tidak lagi memandang manusia,hatinya dipenuhi dengan cinta kepada Allah,dia sedang mabuk bercinta dengan yang Maha Pencinta.
Dengan harapan aku juga menjadi sepertinya,ayah memutuskan namaku Ra’il.
Kematian orang tersayang
Hari demi hari,hubungan aku dengan ibu bapa ku semakin rapat.Ke mana sahaja aku pergi,pasti salah seorang daripada mereka akan menemani ku dan segala permintaanku ditunaikan.Setiap malam, sebelum aku tidur,ayah akan memastikan aku diceritakan dengan cerita-cerita rakyat dan kisah-kisah sahabat.Kadang-kadang cerita belum lagi habis,aku sudahpun tertidur.
Suatu hari,Opah mengumpulkan semua anak-anaknya untuk dibuat satu majlis makan keluarga yang besar sempena dengan Tahun Baru Cina.Walaupun atuk dan opah sudah lama memeluk Islam namun pada tiap-tiap tahun,kami sentiasa meraikan perayaan Tahun Baru Cina.
Ketika itu aku berumur 4 tahun lebih,masih mentah kerana tidak dapat membezakan antara api dan air,tanah dan udara dan makanan dan racun.Fikiranku belum berkembang,bagiku apa yang aku nampak adalah keseronokan.Lihat ubat,aku nampak coklat dan lihat api,aku ingatkan air.Hidupku dipenuhi dengan fantasi-fantasi sehingga aku tidak dapat membezakan yang mana hitam putih.
Ketika orang sedang sibuk memasang perhiasan di rumah opah,aku bermain-main di halaman rumah. Ibu sudahpun berpesan kepadaku supaya tidak bermain di tengah-tengah jalan raya.Tetapi sudah menjadi naluri manusia,yang dilaranglah yang ingin dilakukannya. Aku sengaja mencampakkan bola kea rah jalan raya dan aku mengejarnya.Mak Su melihatku dan menjerit namaku.Semua orang terkesima mendengar namaku dijerit Mak Su.
Tatkala aku sedang mengambil bola,aku tidak perasan sebuah bas sekolah sedang meluncur laju menuju ke arahku.Ayah berlari ke arahku sepantas kilat,dia melompat ke arahku dan menolak ku ke arah kawasan tepi jalan.Mungkin disebabkan momentum yang tinggi,pemandu bas tadi gagal memberhentikan bas lalu melanggar ayah.Aku terdiam menyaksikan kemalangan ngeri itu di hadapan dua biji mataku sendiri.Semua orang di dalam berlari keluar ke arah jalan raya.Ibu tanpa memakai tudung telah bergegas ke arah jasad ayah,ibu meratapi pemergian insan yang dicintainya, ayah.
Mungkin takdir inilah takdir Tuhan,ibu diserang sakit jantung tatkala sedang memegang jasad ayah yang sudah kaku.Nafas ibu tersekat,ibu perlukan udara namun disebabkan orang ramai mengerumuni ayah,ibu gagal untuk bernafas.Penglihatan ibu menjadi hitam,jasadnya jatuh di atas jasad ayah.Semua orang menjadi lagi kalut,daripada seorang kini menjadi dua orang.Mungkin Allah tidak ingin ibu dan ayah mengkhianati janji mereka untuk sehidup dan semati maka Allah mematikan ibu semasa kematian ayah.
Mak Su terkesima,dia seakan-akan hilang arah tuju hidupnya.Al-maklumlah,dia sudah tidak mempunyai adik beradik lain di atas muka bumi ini selain ibu.Dari dia kecil,ibulah penyeri hatinya. Ibu adalah seorang kakak yang prihatin dan penyayang,semua masalah yang dihadapi Mak Su,pasti dia akan membantu Mak Su.Jadi,pemergian ibu betul-betul dirasai oleh Mak Su.
Kini aku dijaga oleh opah dan Mak Su.Mak Su sudah berubah,disebabkan kematian kakak tersayang, Mak Su yang periang menjadi seorang yang pendiam.Mak Su yang sentiasa dipenuhi gelak tawa menjadi seorang yang sentiasa serius.Hakikat kehilangan ibu tidak dapat diterima Mak Su,Mak Su seakan-akan orang yang gila.Setiap kali dia teringat akan arwah ibu,dia pasti mencari ku dan menyalahkan aku di atas pemergian ibu ku.
Terkadang hati kecil ini sayu apabila disalahkan.Siapa yang tidak sayangkan ibunya?Siapa yang mahu ibu dan bapanya pergi meninggalkannya?Malah aku ketika itu baru sahaja pandai menyebut ‘ibu’ dan ‘ayah’,masakan aku ingin ditinggalkan?Hati kecil ini mendambakan kasih seorang ibu dan ayah, hati ini ingin juga mengadu kepada insane yang bergelar ibu dan merintih kepada insane yang bergelar ayah.
Kini,opahlah yang menjadi tempat aku mengadu.Segala masalahku di sekolah,aku akan ceritakan kepada opah.Aku berasa tersangat bahagia apabila bersama opah kerana opah mencurahan kasih sayangnya kepadaku dengan sepenuhnya.Namun,apabila opa keluar ke pasar untuk membeli barang rumah,teruk aku dikerjakan Mak Su.Aku bagaikan seorang hamba,hamba kepada manusia.
Ditakdirkan Allah,suatu hari semasa nenek pulang dari pasar,nenek diragut oleh 2 orang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Aku berada di tepi nenek ketika itu.Apalah yang mampu aku lakukan tatkala nenek diragut oleh 2 orang lelaki itu melainkan berdiri dan melihat. Nenek jatuh ke tanah,rebah menghadap yang Esa.Aku bingkas mengangkat nenek namun nenek sudah tiada. Aku menjadi seperti anak ayam hilang ibunya,bingung,aku kebingungan.
“Ya Allah,kenapa Engkau takdirkan nasib ku seperti ini.Kalau Engkau menghalakan kesemua kesedihan di atas muka bumi ini kepada ku,mengapa Engkau menciptaku?Apakah aku ada salah terhadap Engkau sehingga Engkau begitu mendendami aku?”Hati kecil ini mempersoalkan ketentuan Tuan.
Zaman seribu penyesalan
Belum sempat umur ku mencecah 15 tahun,aku sudah menyaksikan sendiri dengan mata ku sendiri pemergian orang-orang yang dikasihi.Mungkin disebabkan kesedihan-kesedihan ini,aku menjadi matang,pemikiranku pemikiran seorang yang dewasa.
Kematian nenekku juga disabitkan ke atasku.Kini aku dibawah jagaan Mak Su ku,dia sudah berubah. Daripada sekejam-kejam makhluk dia menjadi sebaik-baik makhluk.Dia meminta maaf atas segala yang diperlakukan ke atas ku semasa opahku masih hidup.Sudah tiada tempat untuk dia bermesra melainkan aku dan begitu juga aku,sudah tiada tempat untuk menagih kasih melainkan kepadanya.
Apabila umurku mencecah 15 tahun,umur yang melambangkan kematangan,aku mendapat tawaran untuk ke sekolah pilihan kerana keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan menengah rendah. Mak Su menyiapkan segala-galanya untuk ku dan semasa menghantar aku ke asrama,dia menangis.
“Il,kalo ade cuti,pastikan balik ek.Mak Su kesunyian kat rumah sorang-sorang,”beritahu Mak Su sambil mengesat air mata yang mengalir.
“Baiklah Mak Su,kalo ade cuti,Il akan usehekan untuk balik.Ala Mak Su,Mak Su kahwinla,baru tidak kesunyian,”jawab aku sambil menyelitkan sedikit gurauan.
Kami ketawa kecil.Pelik,sepatutnya aku yang menangis tetapi Mak Su yang menangis.
Aku bukanlah seorang remaja yang baik,aku masih berdendam dengan Allah.Segala arahan Nya aku cuba tentang.Allah menyuruh umat Islam memakai tudung tetapi aku membakar semua tudung yang aku ada.Allah mengarahkan umat Islam mendirikan solat tetapi aku tidak pernah mengerjakannya selepas kematian opah.Aku cukup mendendami Allah tanpa sedikitpun rasa bersalah.
Aku ditakdirkan sebilik dengan Amirah badan dakwah sekolah itu.Namanya Atiqah,orangnya cantik berkaca mata,kulitnya kuning langsat,sopan sikapnya dan berilmu.Dia menolong aku mengemaskan barangku dan semasa mengemas,dia perasan yang aku hanya mempunyai 2 helai tudung,satu tudung sekolah yang berwarna putih dan satu lagi tudung yang berwarna hitam.Tudung hitam itu diberi oleh Mak Su sebelum kami berpisah,kata Mak Su, “kat sekolah ni kamu takley free hair,so amik tudung ni,pakai.”
“Eh,adik hanya ada 2 helai tudung je?”Tanya Kak Atiqah.
“A’a…Saya tidak pakai tudung kak,”jawab aku sambil malu tersipu-sipu.
“Ooo..tapi kalau adik nak pakai tudung warna lain,adik amik la dalam almari akak.Tak kisah yang mana pun tapi labuh sedikit la,”pelawa Kak Atiqah sambil tersenyum.
Secara jujur,aku sedikit terkejut.Aku bayangkan di dalam kepala yang Kak Atiqah akan menegurku disebabkan jawatan yang dipegang.Malah,kesemua budak-budak yang alim yang aku pernah jumpa selalu mencelaku kerana aku tidak memakai tudung,kata-kata mereka sentiasa menghancurkan hati aku dan membuatkan aku lagi tidak ingin bertudung.Tetapi tidak pada kali ini,bahkan Kak Atiqah melontarkan senyuman manis kepadaku.
Hatiku yang ditutup dengan kegelapan menjadi sedikit cerah,diterangi nur hidayah.Personaliti insan yang bernama Atiqah ini membawa aku kepada Islam.Aku mencari apa erti aku memeluk Islam sedikit demi sedikit kerana aku malu dengan diriku.
Suatu hari,tengah aku baring di atas katil,aku terfikir, “apakah makna aku hidup ini?Hari-hari aku bangun pukul 5 pagi,mandi,pergi sekolah,prep,riadah dan prep.Macam takde makne je…”
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu suara yang menegurku, “jauh termenung,apa yang awak fikir?”
“Oh,akak.Bila akak sampai?Akak dari mana?”Tanya aku.
“Baru je,sampai-sampai je tengok adik sorang ni tengah termenung.Fikir pakwe ek?Huhuhuh.Akak dari usrah dengan ustazah Azlina,”terang Kak Atiqah.
“Mane ade pakwe,sape la nak kat saye ni kak.Lain la macam akak,lawa,baik,pandai,memang ramai la kumbang-kumbang kat luar sana minat kat akak,huhuhuhu.Usrah?Ape tu?”Soal aku.
“Kumbang-kumbang?Eh,bahaye tu,mesti berjaga-jaga.Usrah tu satu kumpulan kecil yang duduk bersame untuk bincang pasal Islam dan isu semasa,”terang Kak Atiqah lagi.
“Bincang pasal Islam?Putuskan hukum-hukum ke?”Aku semakin tertarik dengan Usrah.
“Tak,manalah kitorang boleh putuskan hokum-hukum.Ilmu belum cukup lagi.Usrah ni macam satu majlis untuk ingat-mengingati la.Awak ingat saya,saya ingat awak.Kalau ada buat salah,tegur,macam tu la lebih kurang,”jelas Kak Atiqah sambil tersenyum.
“Berminat ke?Jom la ikut akak minggu depan,”tambah Kak Atiqah lagi.
“Em….ok juga,”jawab aku sambil tersenyum membalas senyumam Kak Atiqah.Aku fikir,mungkin di sana nanti aku dapat jawapan yang aku keliru ini.
Majlis bernama Usrah
Hari yang aku nanti-nantikan telah tiba,Kak Atiqah membawaku berjumpa dengan ahli kumpulannya yang diketuai oleh ustazah Azlina.Aku tidak berapa kenal ustazah Azlina kerana dia tidak mengajar pelajar tingkatan 4.Dia masih belum berkahwin,cantik orangnya dan apa yang mengejutkan aku apabila diteliti mukanya,matanya iras-iras arwah ibuku,cantik.
Ustazah membuka majlis dengan Al-Fatihah,aku dapat tengok mulut semua orang terkumat-kumit membaca Al-Fatihah tetapi aku hanya menutup mulut,berdiam.Ustazah perasan aku tidak membaca Al-Fatihah,lalu bertanya, “awak tak baca al-fatihah?”
Aku cuba berselindung, “saya membaca di dalam hati,ustazah.”
Majlis diteruskan dengan tadabbur ayat quran.Ustazah mendengar bacaan al-quran seorang demi seorang untuk ditegur jika ada silap sebutan atau tajwid.Apabila sampai giliran aku untuk membaca ayat tersebut,aku diam seribu bahasa.
“Awak boleh baca quran?”Tanya Ustazah.
“er….”Inilah yang mampu aku jawab.
“Tadi,awak baca al-fatihah ke tak?”Soal Ustazah lagi.
“Tak…”jawab aku sambil tertunduk ke bawah.
“Ooo,taka pa.Nanti ustazah ajar awak sedikit demi sedikit,”pelawa ustazah sambil tersenyum.
Aku menganggukkan kepala.Aku betul-betul hairan dengan ustazah dan kak Atiqah,adakah mereka tidak marah kepadaku jika aku tidak memakai tudung,tidak pandai membaca al-quran,tidak tahu membaca al-fatihah.
Selepas usrah tamat,aku memegang tangan ustazah.Selaput kaca yang melindungi mataku pecah,butiran mutiara suci mengalir membasahi pipiku.
“Ustazah..Saya sudah sesat…Ampunilah saya…”luah aku sambil mengesat-ngesat air mata.
“Eh,jangan minta maaf pada ustazah.Minta ampun pada Dia,Dia yang menciptakn kamu,Il,” jawab Ustazah.
“Tapi macamana ustazah,saya pernah mencabar Dia..Saya pernah mengecil-ngecilkan Dia..Adakah Dia akan dengar lagi suara saya yang bodoh ini?”aku menyoal,air mataku mengalir semakin laju.
“Il,Allah itu Maha Pengampun.Awak buat salah apa-apapun,selagi tidak syirik kepadanya, jika awak bertaubat dengan betul-betul menyesal,Insya Allah,Dia akan ampunkan awak,”nasihat ustazah.
Aku menjadi sedikit tenang.Hatiku nekad untuk berubah,aku ingin menjadi baik.Ustazah memelukku dan menepuk-nepuk belakangku sambil memberi sedikit kata-kata nasihat.
“Allah tidak pernah mendendami hamba Nya.Setiap ujian yang diberikan Nya adalah tanda sayangnya Dia kepada kita.Lagi besar ujian yang diberi,lagi tinggi darjat kita jika kita mampu bersabar. Jika kita sedih,Allah lagi sedih melihat hamba-hamba Nya bersedih.Il jangan bersedih lagi,ingatlah Allah bersama Il.Selangkah kita kepada Nya,seribu langkah Dia kepada kita.Kita merangkak kea rah Nya,Dia berlari ke arah kita,kita berjalan ke arah Nya,Dia berlari ke arah kita dan kita berlari ke arah Nya,Dia memecut ke arah kita.Dia sukakan hamba Nya yang menyesal akan kesilapan diri mereka,” ujar Ustazah.
Kak Atiqah dan Ustazah berjalan menemani ku ke kantin,Ustazah ingin belanja aku makan sebagai tanda perkenalan.Semasa kami makan,aku membuka satu persoalan.
“Ustazah..Saya ni bangun pukul 5 pagi,lepas tu pegi sekolah,lepas tu prep,riadah,prep dan tidur. Tiap-tiap hari saya ulang rutin ni,tapi saya terfikir kalau saya asyik dot ulang bende-bende ini, apa makna saya hidup..Apa erti saya hidup sebenarnya?”Soal aku.
“Seorang nelayan berkata kepada temannya untuk pergi ke laut untuk menangkap ikan untuk dijual. Kawannya bertanya untuk apa duit itu?Dia menjawab untuk membeli kapal yang lebih besar,jadi lagi jauh mereka boleh pergi dan lagi banyak ikan boleh ditangkap.Kawannya bertanya lagi untuk apa duit itu?Dia menjawab untuk membeli kapal yang lebih besar,jadi lagi dalam mereka boleh perdig dan lagi banyak ikan yang boleh ditangkap dan lagi banyak duit mereka perolehi,”cerita ustazah.
“So,kalau macam tu,takde makne la ustazahkan?Nak dapat duit banyak untuk beli kapal,beli kapal untuk pergi lebih jauh untuk tangkap ikan dan tangkap ikan untuk duit.Satu kitaran kebodohan,” sampuk kak Atiqah.
“A’a,kitaran kebodohan.Awak pernah rasa kekosongan tak,Il?”Tanya Ustazah.
“Rasa kekosongan?”Soal aku kembali,agak kurang faham dengan makna kekosongan yang dimaksudkan.
“Apabila awak keseorangan,ada satu perasaan yang lain dalam diri awak.Awak rase resah,nak menangis,tension..Itulah kekosongan,pernah tak?”
“Pernah..selalu..”Jawab aku.
“Tahu tak,semua orang pun akan rasa kekosongan.Sebab kekosongan itu sepatutnya diisi,”terang Ustazah.
“Diisi?”Soal aku lagi.
“Hidup ini ibarat kereta.Jasad kita iaitu tangan,kaki,mata dan sebagainya adalah seperti kereta dan ruh kita seperti pemandu kereta.Kereta sememangnya perlukan pemandu untuk terus bergerak menuju ke destinasi.Namun,hanya dengan pemandu,kereta tidak dapat bergerak,kereta juga perlukan minyak sebagai bahan bakar untuk bergerak dan pemandu perlukan makanan untuk terus hidup.Makanan jasmani dan makanan rohani,”jelas ustazah.
“Makanan jasmani tu macam makanan yang kite makan la kan?Apa pula makanan rohani,ustazah?” Soal Kak Atiqah.
“Makanan rohani tu macam kita hadiri majlis ilmu,majlis zikir,solat,puasa dan segala bentuk ibadah yang lain.Kita selalu pentingkan makanan jasmani sehingga kita sering lupa untuk menyuap ruh kita dengan makanan sehingga ruh kita menjadi kurus kering,”ajar ustazah lagi.
Aku terdiam mendengar kata-kata ustazah.Ustazah sebut “kita sering lupa” sedangkan aku tidak pernah ingatpun makanan untuk ruh ku.Aku merenung lantai,mungkin inilah balasan kepada seorang yang bercakap besar dengan Tuhannya.Aku kekosongan,resah-gelisah,sedih.Entah, mungkin aku dambakan kasih tetapi daripada siapa.
“Awak solat?”Tanya ustazah.
“…..tidak..selepas kematian opah,saya tidak pernah menyentuh kain sembahyang.Ustazah…”aku menjawab dengan niat ingin meluahkan segala-gala kepadanya.
Aku menceritakan segala-galanya kepada ustazah dan kak Atiqah.Aku menceritakan pemergian-pemergian orang yang aku sayangi dan aku sendiri yakin bahawa akulah punca pemergian mereka. Mendengarkan ceritaku,ustazah dan kak Atiqah menangis,mereka terharu dan tersentuh dengan ceritaku.Aku cukup gembira kerana masih ada insan di atas muka bumi ini yang bersimpati dengan nasibku.Kak Atiqah berjanji untuk menolongku dalam semua perkara,dia berjanji untuk membantu aku untuk berubah dan ustazah berjanji untuk mengajarku.
Perkara pertama sekali yang diajarkan kepadaku ialah bersyukur.Bersyukur adalah berterima kasih kepada Allah kerana member nikmat-nikmat kepada kita.Aku sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan aku satu keluarga yang baru,keluarga yang mampu membawa ku ke syurga. Kehadiran ustazah dan kak Atiqah di dalam hidupku menyedarkan aku betapa aku adalah seorang pendosa dan kewujudan mereka menjadi inspirasi untuk aku berubah.
Daripada manusia yang tidak mengenal Tuhan,aku berjalan setapak demi setapak menghadap yang Esa.Daripada tidak bertudung,aku bertudung labuh.Masih teringat ketika aku mula-mula berubah, kawan-kawan lelaki mengejek ku dengan pelbagai kata-kata yang mengguris hati.Tetapi aku tahan, aku balik ke bilik dan aku menangis di hadapan kak Atiqah.Dialah tempat aku luahkan segala-galanya.
“Kak,ade orang ejek saya pakai tudung labuh,”luah hati ini.
“Biase la tu,bila kita nak berubah,pasti ada orang yang tidak senang.Nabi pun ditentang Abu Jahal dulu,”nasihat kak Atiqah.
“Bertudung ini bagus Il,menutup aurat.Aurat itu harga bagi seorang wanita.Lagi sempurna kita menutupnya,lagi mahal harga kita.Aurat ini macam teka-teki,awak bagi teka-teki kepada semua orang di luar sana tetapi awak tidak member jawapannya,pasti teka-teki awak itu mahal harganya. Semua orang akan berebut untuk mendapatkan jawapannya.Awak tutup rambut awak,yakinlah ramai lelaki-lelaki di luar sana tertanya-tanya,macamana rambut awak.Luruskah,kerintingkah dan apabila awak menyembunyikannya,nilainya akan naik dan ramai akan berebut mendapatkan awak. Tapi ingat,kita ini ibarat epal yang menanti dipetik orang.Jangan kita gugurkan diri kita jika tidak dipetik orang,pasti pecah dihempap bumi,”kata kak Atiqah.
Surat Petaka
Selepas kelas matematik tambahan tamat,cikgu menyuruh aku ke pejabat asrama kerana ada surat untuk ku.Surat itu adalah surat daripada Mak Su dan di dalam surat itu mengatakan bahawa dia akan melansungkan perkahwinannya hujung bulan ini.Jadi dia menyuruh aku pulang ke kampung. Aku tersangat gembira apabila dapat tahu yang Mak Su ingin berkahwin,aku pergi ke surau dan melakukan sujud syukur dan aku berdoa supaya lelaki pilihannya ini mampu member kebahagian untuknya.
Petang itu,aku menelefon Mak Su untuk mendapat kepastian dan memang benar dia ingin berkahwin. Pasangannya seorang duda yang kematian isteri.Aku tidak kisah duda atau bujang,yang penting ada orang menemaninya di rumah.Setiap masa di sekolah,aku asyik berdiam diri memikirkan keselamatan Mak Su di rumah dan Alhamdulillah,kini aku tidak perlu bimbang lagi.
Hujung minggu ini adalah giliran pelajar lelaki untuk keluar ke Bandar tetapi aku meminta kebenaran daripada Warden yang bertugas untuk keluar.Aku tidak dibenarkan tetapi aku berkeras untuk keluar kerana aku ingin membeli hadiah untuk Mak Su.Lama Warden berleter sehingga cair tahi telinga ku. Selepas dia berleter,aku secara senyap-senyap menyelusut keluar sekolah melalui pagar belakang sekolah.Semasa memanjat pagar,seluar yang dipakai tersangkut di paku dan aku cuba menariknya sekuat hati.
Mungkin kerana aku menggunakan fizikal,tidak menggunakan akal,aku terjatuh di belah luar sehingga tergolek-golek di atas tar.Siku ku berdarah dan muka ku sedikit tercalar.Hati ku cekal, aku tetap akan ke Bandar untuk membeli hadiah perkahwinan Mak Su.
Entah mengapa,bas yang ditunggu-tunggu tidak dating,rosak agaknya.Jadi,aku menahan teksi walaupun tambangnya mahal.Alangkah malang nasibku,di Bandar aku terjumpa pelajar-pelajar lelaki yang selalu mengejek ku.
“Weh,tengok tu.Ustazah fly~”Ejek Amir,ketua mereka.
“Ustazah,berdosa la fly.Nanti masuk neraka,”tambah Aril.
“Tak baik ustazah lawan warden,nanti kena buang sekolah,”kata Atoy.
Kata-kata daripada mereka sedikit menggetarkan hatiku,maklumlah aku seorang perempuan dan sememangnya aku lemah dengan ugutan.
“Eh,tolonglah.Aku nak beli hadiah untuk Mak Su aku,die kahwin minggu depan.Korang tolong la senyap,jangan beritahu warden,”rayu aku.
“Boleh,tapi kau kena belanja kami makan tengahari,”Aril member syarat.
“Ok,ok,aku belanja korang,”jawab aku walaupun aku tidak mempunyai wang yang banyak.
Selepas memenuhi syarat yang dikenakan,aku bergerak ke satu kedai hadiah.Aku berkenan dengan satu hadiah namun duitku hanya 10 sen sahaja tidak mencukupi.Aku tawar-menawar dengan Amoi yang jual hadiah itu tapi Amoi itu berkeras tidak ingin menjualnya kepadaku kerana dia hanya penjual bukan pemilik kedai jadi dia tidak berani untuk mengurangkan harga walaupun 10 sen.
Selepas hampir satu jam berperang mulut,tauke kedai pun balik.Alhamdulillah,tauke itu baik dan dia menjual hadiah itu kepada ku walaupun tidak cukup 10 sen.Aku pulang ke asrama dengan teksi,aku berhenti di belakang sekolah.Semasa aku berada di atas pagar,Warden lalu di koridor dan dia perasan ada orang sedang memanjat pagar.Dia berlari ke arahku,aku panik,aku tidak tahu apa yang perlu aku buat.
Teruk aku dimarahnya,malah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulutnya, keluar.Akibatnya,aku didenda tidak boleh balik pada minggu hadapan.Aku kebuntuan,kalau aku tidak boleh balik minggu hadapan,sia-sialah siku ku berdarah,sia-sialah muka ku tercalar,sia-sialah aku belanja pelajar-pelajar lelaki tadi dan sia-sialah hadiah yang aku beli tadi.
Hari Jumaat berikutnya,Warden panggil aku masuk ke biliknya.Dia mengarahkan aku mengemas biliknya dan menyapu lantai,denda katanya.Aku betul-betul berharap dia benarkan untuk aku balik kerana Mak Su sedang menungguku.Tiba-tiba dia mendapat satu panggilan,dia bergegas keluar dan mengunci pintu dari luar.Aku terduduk,aku tahu aku tidak akan dapat keluar dari bilik ini.Aku sudah tidak dapat tahan lagi,aku menangis kesedihan.Terdetik di hatiku,Allah masih belum memaafkanku.
Seperti yang dijangka,warden membuka pintu untukku lambat.Aku sudah ketinggalan bas untuk balik ke kampung.Kalau warden membuka pintu pun,aku tidak akan sampai di kampung pada masanya. Aku pasrah dengan apa yang berlaku dan aku bercadang untuk menelefon Mak Su untuk menceritakan semua yang berlaku.Alangkah malangnya nasibku kerana talefon awam rusak.Harap – harap Mak Su tidak bersangka buruk dengan ku.
“Cikgu punya pasal la saya tertinggal bas!”Tengking aku.
Warden terkejut,mungkin dia tidak sangka lansung budak yang bertudung labuh ini meninggikan suara sebegitu.Terpancar sinar menyesal dari mukanya.
“Cikgu minta maaf,cikgu bukan sengaja untuk buka pintu lambat tetapi anak cikgu masuk hospital,” jawab Warden.
Terkejut aku mendengar jawapannya,aku tidak sangka yang anaknya sakit.Cepat-cepat aku meminta maaf,mungkin kerana aku faham perasaan kehilangan orang yang tersayang.
Kehilangan orang tersayang buat kali kedua
Aku cukup gembira bersekolah di sini walaupun ramai orang yang tidak menyukai aku.Kata mereka aku berlagak seperti ustazah,sombong,kolot,ketinggalan zaman dan macam-macam lagi.Tetapi aku redha,jika dengan kolot,sombong dan ketinggalan zaman itu,Allah redha dengan ku,aku redha. Kehadiran 2 insan ini,ustazah Az dan kak Tiqah betul-betul memberi satu impak besar dalam hidupku.
Suatu hari,ustazah Az membawa aku,kak Tiqah,kak Pijah dan kak Zati ke rumahnya untuk menjamu selera.Rumahnya tidaklah besar sangat,rumah orang bujang tetapi sangat kemas.Sangat selesa berada di dalam rumahnya.Kami borak-borak lebih kurang 1 jam sambil makan-makan dan selepas itu kami duduk dalam halaqah,memulakan Usrah.
“Setiap yang bernyawa pasti menemui ajalnya,”ustazah memulakan bicara.
“Even bacteria?”Tanya kak Mirah,dia seorang yang sangat meminati biologi.
“Ya,manusia,haiwan,tumbuhan,bacteria dan virus,semua akan mati.Dan mati tidak pernah kenal usia, sesiapa sahaja boleh mati.Orang tua mahupun kanak-kanak.Mati tidak akan cepat walaupun sedetik dan tidak akan lambat walaupun sedetik,”terang ustazah.
Entah mengapa aku teringat dekat arwah ibu,ayah dan opah.Wajah mereka terbayang-bayang di dalam fikiran.Aku termenung jauh dan ustazah dapat mengesannya.
“Il,tahu tak cerita kematian ibu nabi Isa?”Tanya ustazah.
“Ibu nabi Isa?Maryam Ibnu Imran?”Balas aku.
“A’a,tahu?”Tanya ustazah.
Aku menggelengkan kepala dan terus tunduk ke bawah.Hati ini menjadi semakin sebak.
“Ini cerita israiliyat lah,entah betul entah tidak tapi kita boleh pakai sebagai untuk ambil pengajaran. Nabi Isa dan Ibunya tingal di atas bukit,suatu hari mereka berdua berpuasa.Nabi Isa meminta kebenaran daripada ibunya untuk turun daripada bukit untuk mencari makanan untuk berbuka puasa.Maryam,ibunya membenarkan Nabi Isa turun.Tatkala Nabi Isa tiada di situ,Izrail dating menghadap Maryam.Kata Izarail: Wahai Maryam,waktu mu untuk bertemu dengan Kekasih mu sudahpun sampai.Maryam membalas :Wahai pesuruh Allah,sesungguhnya aku nanti-nantikan saat ini namun aku kepingan untuk berjumpa dengan anakku dahulu sebelum aku pergi.Izrail menjawab : Wahai Maryam,aku diciptakan oleh Allah untuk menjadi hamba Nya,bukan hamba kepada makhluk. Maryam redha,dia pun sujud menghadap kiblat dan ketika dia sujud,nyawanya ditarik.
Petang itu,Nabi Isa pun pulang dengan membawa sedikit makanan.Melihat ibunya yang sedang sujud,Nabi Isa pun menyediakan makanan dengan niat tidak ingin menganggu ibunya solat.Apabila waktu berbuka sudah tiba,Nabi Isa mendekati ibunya dan berkata :Wahai ibu,waktu berbuka sudahpun tiba,marilah kita makan bersama-sama.Namun,ibunya tidak menjawab.Nabi Isa duduk di tepi ibunya tanpa menjamah makanan.”
Ustazah dicelah oleh Kak Pijah, “kenapa Nabi Isa tidak berbuka ustazah?”
“Nabi Isa adalah seorang anak yang soleh,dia tidak akan makan selagi ibunya tidak makan.Maka waktu berlalu begitu sahaja.Semalaman nabi Isa tidak tidur menunggu ibunya untuk makan tetapi ibunya tidak memberi apa-apa respon.Subuh telah menjelma,nabi Isa merapatkan pipinya dekat pipi ibunya dan berkata : Wahai ibu,Isa sayangkan ibu.Bangunlah daripada sujud,sudah seharian ibu tidak makan,makanlah sedikit.Ketika ini,Allah membuka hijab langit dan semua malaikat melihatnya.Para malaikat yang tidak ada perasaan pun ketika itu menangis tidak mampu menahan kesedihan melihat tindakan nabi Isa.Disebabkan ibunya tidak membalas,nabi Isa berkata lagi :Wahai ibu,Isa betul-betul sayangkan ibu.Ibu bangunlah,jawablah panggilan Isa.Ibu,bangunlah.Sudah seharian kita tidak makan.Kasihanilah Isa ibu.Malaikat sudah tidak mampu menahan sebak,lalu malaikat meminta kebenaran daripada Allah untuk memberitahu nabi Isa tentang kematian ibunya dan Allah membenarkan.Alangkah sedihnya Nabi Isa apabila dia diberitahu berita kematian ibunya,”cerita ustazah sambil teresak-esak.
“Ketahuilah muslimah sekalian,mati itu tidak mengenal siapa kita.Ibu kepada nabi kah kita,nabi kah kita, perdana menteri kah kita,pelajar kah kita,maut pasti mencari kita.Tidak pernah kenal masa dan tidak pernah kenal tempat.Apabila gugur nama kita di pokok kehidupan,maka kita pasti meninggalkan ala mini,”sambung ustazah lagi.
Aku menangis,wajah ibu,ayah dan opah muncul dengan jelasnya di dalam benak fikiranku.Aku menutup mataku dengan tangan dengan harapan dapat menahan air mataku daripada keluar namun ternyata semua itu tidak berhasil.Apakah yang mampu menghalang kita apabila hati telah nekad untuk melakukannya?Dalamanku menangis dan luaranku tidak mampu menipu,luaranku juga turut menangis.Entah kenapa,aku terfikir bagaimana jika ustazah,kak Tiqah dan Mak Su hilang,mampukah aku meneruskan hidup yang penuh dengan kedukaan ini.
Kami pulang ke sekolah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ustazah.Semasa kami belok ke selekoh kanan jalan,tiba-tiba sebuah motor memecut laju di hadapan kami.Ustazah cuba mengelak tetapi malang sekali kereta yang dipandu terlanggar pembahagi jalan dan kami terbabas.
Seminggu aku tidak sedarkan diri.Apabila aku sedar,aku dapati diriku sedang terbaring di atas katil di dalam hospital.Aku dipakaikan dengan corong oksigen dan tanganku dicucuk jarum untuk memasukkan air tambahan.Aku menoleh ke kiri dan aku melihat Kak Mirah sedang tidur di atas sofa. Aku pusingkan kepalaku ke kanan,melihat pesakit yang berkeadaan sama sepertiku dan ternyata pesakit itu ialah kak Pijah.Dia masih belum sedarkan diri.
Suara ustazah terngia-ngia di telingaku,aku gagahkan diri untuk duduk supaya aku dapat melihat kesemua pesakit yang berada di dalam wad ini dan apabila aku duduk,aku dapat kenal pasti kak Tiqah di hadapanku.Aku cukup gembira.Tetapi,di mana ustazah?
Kak Mirah terjaga,mungkin kerana dia terdengar bunyi pergerakan katil.Dia bangun dan memegang tanganku dan bertanya khabarku.
“Alhamdulillah,kamu dah sedar,”kata Kak Mirah.
“em….Kak,apa yang dah berlaku?”Tanya aku.
“Kereta yang ustazah pandu terbabas,akak hanya cedera ringan,”terang Kak Mirah.
“Ustazah?Kak Tiqah?Macamana mereka?”Tanya aku lagi.
“Ustazah dah tiade dik.Semasa kemalangan,ustazah mengalami pendarahan berlebihan di kepala dan dia meninggal sebaik sahaja ambulans sampai di tempat kejadian.Tiqah masih belum bangun dan kata doctor,kemungkinan dia tidak akan ingat kita semua lagi,”beritahu kak Mirah sambil menahan air matanya daripada keluar.
“Ustazah sudah tiada?Aku tidak percaya,ya Allah,apa semua ini?Engkau masih berdendam dengan ku,ya Allah?Apa jenis bencana yang Engkau timpakan ke atasku?Engkau hutang dengan ku ya Allah! Engkau hutang dengan ku!”Hatiku meratap kesedihan.
Kebahagian dirampas Kesengsaraan
Hujung tahun pun tiba,akhirnya aku dapat pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan Mak Su setelah hampir 5 bulan tidak balik semenjak hari perkahwinan Mak Su.Aku sampai di tangga rumah dan memberi salam.
“Baru kenal rumah?”Soal Mak Su dengan serius,tiada tanda-tanda gurauan di mukanya,aku kenal dia.
“Er,sebenarnya masa Mak Su kahwin hari tu,saya memang nak balik tapi tertinggal bas,”ujar aku perlahan-lahan.
“Ah alasan!Kamu tidak ingin lihat mak Su kahwin kan?!Kamu dengki dengan mak Su kan!Ini bukan rumah kamu lagi,pergi kamu dari sini!”Marah mak Su dan aku tahu ini bukan satu bentuk gurauan.
Tiba-tiba seorang lelaki dalam linkungan 40-an keluar daripada rumah.
“Apa bising-bising ini?Eh,kamu sapa?”Lelaki itu bertanya dalam loghat utara.
“Saya Ra’il,anak saudara mak Su,”jawab aku.
“Ooo,kamu lah Ra’il rupanya.Masuklah,inikan rumah kamu,”pelawa lelaki itu sambil merenung tajam ke arahku.Aku dapat merasakan ada yang tidak kena dengan lelaki itu tapi aku cuba bersangka baik. Pasti,dia adalah suami kepada Mak Su.
Mak Su menjelingku dan dia masuk ke dapur tanpa mengendahkan ku.Mungkin nasibku semasa bersama opah akan berulang kembali,aku akan menjadi hamba mak Su buat kali kedua.
“Nah baju-baju ini,kamu lipat baju-baju ini dan aku nak kamu kemas bilik aku sementara aku keluar berkerja,”arah Mak Su.
Aku agak kehairanan,apakah kerja mak Su.Mana tidaknya,mak Su berkerja pada waktu malam.Aku ingin bertanya namun mulut ini tidak mampu dibuka apabila berhadapan dengan singa betina itu.
Semasa aku sedang mengemas bilik mak Su,lebih kurang pada pukul 9 malam,tiba-tiba lampu rumah terpadam.Aku berlari ke atas katil dalam bilik mak Su dan berselimut,aku betul-betul takutkan kegelapan.Semasa aku sedang berselimut,aku merasakan tanganku dipegang oleh seseorang dan aku tahu orang itu sedang bercakap sesuatu denganku namun perkataannya tidak jelas.Dia terus memegang kedua-dua tanganku dengan kasar,aku cuba untuk melepaskan diri namun ditamparnya sehingga aku tidak bertenaga untuk melawan.Dia melondehkan seluar trek yang dipakaiku dan aku bukan lagi seorang gadis sunti.
Lembaga itu telah merampas maruah ku,aku hilang segala-galanya.Aku hilang ibu,ayah,opah dan selepas itu ustazah dan kak Tiqah dan kini,aku hilang maruah ku!Aku tahu lembaga itu ialah suami Mak Su.Terdetik di hati ini untuk menceritakannya kepada mak Su tetapi mulut ini terdiam apabila berhadapan dengan singa betina itu dan suami singa betina itu telahpun memberiku amaran supaya tutup mulut jika ingin selamat.
Boleh dikatakan hampir setiap malam,apabila Mak Su keluar berkerja,lampu rumah padam dan aku menjadi mangsa manusia yang bertopengkan syaitan yang buas.Aku tidak mampu untuk melawannya.Kesihatanku semakin terjejas,mukaku semakin pucat.Aku nekad untuk memberitahu mak Su perkara yang sebenar dan apabila aku memberitahunya,dia cukup bengang dan mengambil penyapu lalu memukulku dengan penyapu.Aku sudah tidak tahan lagi,cuti masih panjang dan hari-hariku dirasakan panjangnya bagaikan setahun lama.
Aku sudah berputus asa dengan Tuhan,kini aku adalah penentangnya.Usrah yang aku ikuti dulu tidak mampu menjadi penasihat kepadaku tatkala aku diuji dengan dugaan ini.Daripada tudung labuh,kini aku tidak bertudung.Daripada memakai baju kurung kini aku separuh bogel.Aku betul-betul ingin membalas dendam dengan Tuhan.Aku lari dari rumah.Aku berjalan dan terus berjalan,menuju ke satu destinasi yang tidak aku ketahui.
Semasa aku berjalan di tepi jalan di tengah malam,datang seorang lelaki yang bermotor besar mempelawa aku mengikutnya.Tanpa berfikir panjang,aku mengikutnya.Dia membawaku ke rumahnya.Namanya Roy dan kini aku hidup dengannya.Dia berjanji untuk menjagaku sebaik mungkin namun dengan satu syarat, aku mesti menjadi perempuannya.Bagiku ini lebih baik daripada menjadi mangsa nafsu kebinatangan suami mak Su.Tiap-tiap malam,aku akan mengikutinya ke kelab-kelab malam dan pada sebelah siang,dia akan memenuhi keperluan hidupku.Hidupku semakin dekat dengan kesenangan namun aku tidak sedar yang hidupku semakin jauh dengan Tuhan.
Aku menjadi semakin lara,hidupku menjadi tidak tentu arah.Aku bebas bergaul dengan lelaki,kalau setakat pegang-pegang tangan dengan Roy,itu adalah perkara biasa.Bagiku,inilah cara aku meluahkan rasa cinta dan sayangku kepada Roy.Roy adalah seorang yang bertanggungjawab, dia terlampau baik dan aku sangat sukakannya.Pernah beberapa kali Roy mencabuli ku sewaktu aku tengah tidur tetapi aku tidak kisah kerana kalau dengan cara itu Roy cinta padaku,aku biarkan kerana aku juga mencintainya…….
CITE NI X ABIS LAGI N BANYAK TYPING ERROR COZ AQ X TAPIS LAGI,CITE NI BARU 50% CUME AQ NAK TAW APE KORANG RASE..KALO BORINK AQ NAK STOPKAN..KALO OK,APE YANG PERLU AKU TAMBAH..SILE KOMEN..IKHLAS N JUJUR PLS
May 20, 2009 at 2:09 am
hm, penulisan yang baik…byk pengajaran yang boleh diambil..tulislah lagi…
cuma takut baca crite ni…sesetengah orang xsuke baca novel or crite pjg2 sbb biasanya jln cerita watak samada sudah jatuh ditimpa tangga, dihempap batu pulak, dipatuk ular lagi dll…ataupun watak yg diceritakan sgt baik, dpt segala yg baik dll…sebab rasenye semua org pcaye yang hidup ini ditakdirkan untuk ada naik dan turunnya…xde yg sentiasa naik@indah, xde yg sentiasa turun@sadis..
nway, nau’zubillah…minta Allah jauhkan konokokoro drpd apa yg diceritakan..tolong doakan semoga Allah teguhkan iman di hati ini utk sentiasa bersangka baik pd Allah walau apa pun yg terjadi
May 20, 2009 at 10:20 am
saje je tulis cite ni..sbb ari tu ade permintae suh tulih tente ore tino..xtaw nok tulih gapo,so conclude lam 1 cito